Sejarah Sekolah

1826
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan.

Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor.

Dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.

Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free School ditutup.

à Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atapnipah serta berlantai papan.

Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.
Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free.

1838
Kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A).
Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.

Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah.

Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan.
Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah. >>seterusnya

Saturday, June 14, 2008

Sekapur Sirih

Assalamualaikum wrt. Wbrt. dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana memberi ruang dan masa untuk kami menjalankan projek ini.

Projek Sekolah Premier ini dijalankan bertujuan mengembalikan kegemilangan dan keunggulan sekolah ini sejak daripada mula dibuka hingga kini. Projek ini juga boleh mengembalikan nostalgia dan kenangan pahit manis yang telah dilalui oleh warga sekolah ini dalam menempuhi ranjau kehidupan yang semakin mencabar.

Pada masa ini, pihak Ahli Jawankuasa Projek Sekolah Premier peringkat sekolah ini sedang dalam proses mengumpulkan maklumat-maklumat, bukti-bukti dan bahan-bahan sejarah untuk ditempatkan dalam galeri khas yang telah disediakan. Untuk menjamin kejayaan projek ini, kerjasama daripada semua pihak, terutamanya penduduk tempatan amat diharapkan. Selain itu, komitmen yang padu daripada seluruh warga sekolah ini juga diperlukan.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak yang sudi memberikan sumbangan berbentuk bantuan kewangan, material, buah fikiran dan tenaga demi menjayakan projek ini. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan bermanfaat kepada generasi akan datang untuk meneruskan kegemilangan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

HJ ABDUL RAHIM BIN AHMAD
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
2006-kini

Aluan

Salam sejahtera......

Kepada semua warga Malaysia.

Tahukan anda sekolah tertua di Malaysia?

Jika tidak tahu, layarilah blog ini.
Anda pasti menemui jawapannya.

Kepada semua bekas pelajar sekolah ini, sekiranya anda mempunyai
sebarang khazanah yang berharga mengenai SKSG yang hendak
dikongsikan bersama rakyat Malaysia amnya, khasnya penduduk
Pulau Pinang, kirimkan atau salurkan sebarang bentuk maklumat
kepada kami.

Sesungguhnya harga bagi suatu sejarah itu, tidak ternilai dengan harta
dan wang ringgit.

Kesungguhan kita hari ini mengumpul maklumat menegnai SKSG adalah
suatu peninggalan warisan zaman untuk tatapan generasi akan datang.

Terima kasih.