Sejarah Sekolah

1826
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan.

Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor.

Dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.

Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free School ditutup.

à Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atapnipah serta berlantai papan.

Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.
Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free.

1838
Kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A).
Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.

Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah.

Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan.
Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah. >>seterusnya

Sunday, November 29, 2009

Guru Bertukar

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang berjaya dan dapat bertugas ditempat sendiri dan di sekolah baru. Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa baik cikgu selama cikgu bertugas di SKSG.

Sunday, August 30, 2009

Peristiwa penting SK Sg. Gelugor

Assalamualaikum.. salam 1 Malaysia

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dan akan berlaku..
1. Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 telah berlangsung pada 15 Ogos 2009 dirasmikan oleh Ketua UMNO bahagian Bayan Baru

2. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR berlangsung pada 20 Ogos 2009 di dewan sekolah

3. Peperiksaan UPSR 2009

Wednesday, June 24, 2009

SEKOLAH SHOWCASE

SKSG TELAH DIPILIH OLEH JPN SEBAGAI SEKOLAH SHOWCASE YANG BERKAITAN DENGAN WARISAN. KEPADA SESIAPA JUA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT DAN BAHAN-BAHAN SEJARAH YANG BERKAITAN TENTANG SKSG SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH. BAHAN-BAHAN INI AKAN DI SIMPAN DALAM GALERI YANG DICADANGKAN. JASA BAIK ANDA AMAT DIHARGAI

Sunday, May 24, 2009

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU SKSG

Wednesday, May 13, 2009

Karnival bahasa 2009 Peringkat Negeri

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor telah berjaya dan mewakili daerah Timur Laut dalam pertandingan BAHASA BERMADAH dan BERCERITA tahap 2. Pertandingan peringkat negeri diadakan pada 12 Mei 2009 di SK Pengkalan Jaya Tasek Gelugor. Tahniah diucapkan walaupun tidak berjaya menjadi Johan tetapi kejayaan ke peringkat negeri satu kejayaan yang amat membanggakan. Tahniah juga diucapkan kepada Guru pembimbing Cik Aina Safiah , Puan Norshamiza , Encik Don Daniyal , En. Azril dan Puan Wan Suzana atas komitmen dan Usaha.

Penilaian kendalian Sekolah rendah (PKSR) 1 09

Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) 1 akan dijalankan pada 19 , 20 dan 21 Mei 2009. Semua murid wajib mengambil ujian. Murid yang tidak hadir tanpa sebab hanya akan mengambil ujian sebagai memenuhi syarat dan tidak dikira dalam keputusan. Keputusan terbaik akan diberikan penghargaan / hadiah pada Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 yang akan diadakan pada bulan Jun 2009.

Thursday, May 7, 2009

TAHNIAH

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan teruskan kecemerlangan di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008 yang diperolehi oleh
1. EN. WONG WAI SENG
2. PN. SAADIAH MOKHTAR AHMAD
3. PN. SITI ZUBAIDAH OTHMAN
4. PN. RUSMAWATI MAT KASA
5. PN. HJH. FADZILAH MD ZUKI

kepada yang belum mendapat APC jangan rasa khidmat kita tak cemerlang tetapi belum mencapai kualiti yang dikehendaki. Teruskan usaha jangan putus asa. Kalau kita nak kejar APC jangan jadi GURU/PENDIDIK/DA' kerana tugas kita ajar dan didik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna. Ingat hari ini rezeki mereka esok rezeki kita. Biar hidup dikenang jasa jangan hidup dirundung dosa.. moderator (Cikgu Hayazi)

Saturday, April 25, 2009

Kelas bimbingan Tahun 6

Assalamualaikum...
Untuk makluman semua... Kelas bimbingan tahun 6 (kelas Cahaya Harapan) telah bermula pada beberapa minggu yang lepas. Kelas ini diadakan pada hari selasa, Rabu dan sabtu. Kelas hari Sabtu baru bermula pada minggu ini. Kelas pada hari selasa dan rabu bermula jam 1.20 ptg hingga jam 3.20 ptg. Pada hari sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 t/hari dan hanya dilaksanakan mengikut keadaan seperti cuti umum dan aktiviti sekolah. Seramai 197 pelajar terlibat dan seramai 13 guru terlibat. Murid dibahagikan kepada 6 kelas. Bahan pengajaran dibekalkan oleh pihak penaja iaitu Pusat urus zakat yang berkerjasama dengan PERDA dan ICU JPM. Diharap program ini dapat manafaat dan berjaya melonjakkan kecemerlangan SKSG terutama dalam pencapaian UPSR tahun 2009.

Cikgu Hayazi - Guru Penyelaras

Friday, April 24, 2009

Kemaskini laman blog

Salam sejahtera...

Setelah lama saya tidak berkesempatan untuk update blog sk sg gelugor, baru malam ini saya ada kesempatan. Saya akan mula update sedikit demi sedikit laman ini.

Cikgu Hayazi