Sejarah Sekolah

1826
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan.

Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor.

Dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.

Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free School ditutup.

à Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atapnipah serta berlantai papan.

Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.
Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free.

1838
Kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A).
Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.

Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah.

Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan.
Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah. >>seterusnya

Monday, July 14, 2008

Khabar angin

Pada hari ini tersebar berita bahawa Guru Besar akan berpindah. Bila ditanya jawapannya adalah tunggu pada hari Khamis ini (17 Julai). Kalau ada Tsunami melanda.

Lawatan Pengarah Pelajaran

SK Sg. Gelugor bertuah kerana menerima melawat Pengarah Pelajaran Pulau Pinang yang baru. Lawatan ini juga merupakan satu penghormatan kepada SK Sg. Gelugor.