Sejarah Sekolah

1826
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan.

Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor.

Dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.

Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free School ditutup.

à Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atapnipah serta berlantai papan.

Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.
Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free.

1838
Kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A).
Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.

Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah.

Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan.
Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah. >>seterusnya

Saturday, April 25, 2009

Kelas bimbingan Tahun 6

Assalamualaikum...
Untuk makluman semua... Kelas bimbingan tahun 6 (kelas Cahaya Harapan) telah bermula pada beberapa minggu yang lepas. Kelas ini diadakan pada hari selasa, Rabu dan sabtu. Kelas hari Sabtu baru bermula pada minggu ini. Kelas pada hari selasa dan rabu bermula jam 1.20 ptg hingga jam 3.20 ptg. Pada hari sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 t/hari dan hanya dilaksanakan mengikut keadaan seperti cuti umum dan aktiviti sekolah. Seramai 197 pelajar terlibat dan seramai 13 guru terlibat. Murid dibahagikan kepada 6 kelas. Bahan pengajaran dibekalkan oleh pihak penaja iaitu Pusat urus zakat yang berkerjasama dengan PERDA dan ICU JPM. Diharap program ini dapat manafaat dan berjaya melonjakkan kecemerlangan SKSG terutama dalam pencapaian UPSR tahun 2009.

Cikgu Hayazi - Guru Penyelaras

Friday, April 24, 2009

Kemaskini laman blog

Salam sejahtera...

Setelah lama saya tidak berkesempatan untuk update blog sk sg gelugor, baru malam ini saya ada kesempatan. Saya akan mula update sedikit demi sedikit laman ini.

Cikgu Hayazi