Sejarah Sekolah

1826
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan.

Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor.

Dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.

Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free School ditutup.

à Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atapnipah serta berlantai papan.

Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.
Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free.

1838
Kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A).
Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.

Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah.

Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan.
Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah. >>seterusnya

Wednesday, May 13, 2009

Karnival bahasa 2009 Peringkat Negeri

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor telah berjaya dan mewakili daerah Timur Laut dalam pertandingan BAHASA BERMADAH dan BERCERITA tahap 2. Pertandingan peringkat negeri diadakan pada 12 Mei 2009 di SK Pengkalan Jaya Tasek Gelugor. Tahniah diucapkan walaupun tidak berjaya menjadi Johan tetapi kejayaan ke peringkat negeri satu kejayaan yang amat membanggakan. Tahniah juga diucapkan kepada Guru pembimbing Cik Aina Safiah , Puan Norshamiza , Encik Don Daniyal , En. Azril dan Puan Wan Suzana atas komitmen dan Usaha.

Penilaian kendalian Sekolah rendah (PKSR) 1 09

Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) 1 akan dijalankan pada 19 , 20 dan 21 Mei 2009. Semua murid wajib mengambil ujian. Murid yang tidak hadir tanpa sebab hanya akan mengambil ujian sebagai memenuhi syarat dan tidak dikira dalam keputusan. Keputusan terbaik akan diberikan penghargaan / hadiah pada Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 yang akan diadakan pada bulan Jun 2009.